Saturday, February 19, 2011

bukan feng sui

ari ni muaz@albanna nk habaq ckit kat ampa smua ni.......mah la dengaq!!!
Mempercayai feng sui termasuk dalam persoalan aqidah apabila aliran udara itu dikaitkan dengan rezeki,ruh naga dan sebagainya. Hari ini orang mula membicarakan pula tentang sains feng sui . Apapun sesuatu dasar kepercayaan yang tidak berdiri diatas dasar tauhid pasti akan menyebabkan tergelincirnya aqidah.

Mukabumi yang diciptakan tuhan tidak sama,berbukit dan juga lembah. Bagitu juga dengan kandungan udara pada sesuatu tempat juga berbeza akibat dari kedudukan tinggi rendah tanah dan tekanan yang berbeza. Kadangkala apabila kita tinggal disuatu tempat dan menyebabkan badan tidak sehat,sewajarnya kita mencari kawasan yang lebih selesa penafasanya.Bagaimana menentukan tempat ini? Cara menentukanya ialah dengan melihat dan merasakan keselesaan tubuh apabila bangun di waktu pagi. Jika oksigen mencukupi,tubuh akan merasa ringan dan cergas,kepala tidak berat dan tidak rasa tekanan pada bahagian otak.

Jika kita bangun tidur dalam keadaan letih dan terasa ingin tidur semula menandakan kerehatan tubuh tidak sempurna di waktu malam.Ini disebabkan oleh kualiti oksigen yang tidak mencukupi.Biasanya keadaan ini juga berlaku di kawasan pergunungan atau daerah yang berbukit bukit.Akibatnya mudah berlaku ketumbuhan terutamanya di kelenjar dan boleh menyebabkan kanser.Jangan percaya pada feng sui tetapi percayalah kepada deria tubuh anda yang mengerti perubahan tempat ini.Rumah- rumah orang Islam sepatutnya jangan sunyi dari bacaan surah Al Baqarah.maksud hadis "bacalah oleh kalian surah al Baqarah,kerana sesungguhnya barangsiapa yang membacanya akan mendapat barakah,dan barangsiapa yang meninggalkanya akan merugi.Dan para tukang sihir tidak boleh menyampaikan maksud jahatnya"(muslim)

Friday, August 20, 2010

misi kehidupan rasulullah

“ Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”.
( QS Al-Anbiya ayat 107 )

Ayat yang ringkas tersebut dengan jelas menyatakan bahawa Muhammad saw. dilantik dan diutus oleh Allah saw. adalah dengan misi untuk menjadi rahmat, pembawa penyelarasan hidup dan kebahagiaan bagi seluruh alam, baik alam manusia mahupun alam disekitar manusia – yakni seluruh makhluk yang hidup dan alam dimana tempat mereka hidup dalam jagat raya ini.
Keseluruhan hidup dari jagat raya ini ( macro cosmos ) dicapai dengan cara usaha membangun keselarasan hidup yang wujud di persekitaran jagat raya ( micro cosmos ) terlebih dahulu – iaitu masyarakat manusia , kerana masyarakat manusia amat berpengaruh dalam kehidupan seluruh alam, sesuai dengan fungsinya sebagai khalifah fil-ardl- ‘wakil Tuhan di bumi’. Sedang keselarasan hidup masyarakat manusia itu sendiri didayausahakan menerusi pembangunan peribadi-peribadi anggota masyarakat ( modal insan ).
Rasulullah saw. telah berhasil mempertemukan fitrah manusia dengan wahyu Allah swt. Nabi Muhammad saw. telah membawa suatu perubahan (change) besar dalam masyarakat. Dari masyarakat jahiliyyah kepada masyarakat mardhatillah , dari masyarakat yang jumud dan beku kepada masyarakat yang memberi tempat kepada perkembangan idea dan ilmu pengetahuan ( sciences) , dari masyarakat yang penuh perhambaan oleh pihak yang kuat kepada yang lemah dengan dorongan hidup mengejar kepuasan semata-mata atas dasar hawa nafsu menjadi masyarakat demokratik yang bermotifkan kemajuan berlandaskan keimanan dan nilai-nilai kemanusiaan serta kemasyarakatan yang luhur .
Jika kita kembali kepada sejarah kehidupan Rasulullah saw. dalam dua periode, yakni periode sebelum dilantik sebagai rasul dan periode setelah menerima tugas sebagai utusan Allah swt., maka kita akan melihat suatu pertemuan yang tepat, di mana antara hati nurani manusia yang cenderung kepada kebenaran, dengan tuntunan Ilahy yang membawa kepada kebenaran. Muhammad saw. sebelum dilantik sebagai rasul, sewaktu masa muda , bahkan sejak kanak-kanak hatinya sudah diliputi oleh keinginan hati nurani yang bersih untuk mengadakan perubahan ke atas kehidupan masyarakat Arab pada waktu itu.

Muhammad seringkali merenung dan berfikir mencari jalan penyelesaian yang sebaik-baiknya bagi kepentingan kebahagiaan bangsa dan masyarakatnya. Hal itu mencapai kemuncaknya pada saat baginda berkhalwat ( bertafakkur ) di gua Hira selama beberapa hari. Pada saat itulah Tuhan berkenan memberikan petunjuk dan hidayah-Nya kepada Muhammad saw. Bahkan lebih daripada itu , Allah swt. memberikan tugas kepada baginda untuk menyebarkan tuntunan-Nya kepada masyarakat luas.
Wallau A’lam.